Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Adun PH bergandingan dengan Umno, Pas digesa lepaskan jawatan

Adun PH bergandingan dengan Umno, Pas digesa lepaskan jawatan

oleh AKMAL MANAFFebruary 28, 2020 7:00 am




Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang meninggalkan Pakatan Harapan (PH) untuk bersama Umno dan Pas membentuk kerajaan baharu, digesa melepaskan jawatan mereka.

Gesaan itu dilakukan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 memandangkan kesemua mereka bertanding atas tiket PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lepas.

“Gagal berbuat demikian akan dianggap sebagai satu pengkhianatan kepada pengundi yang mengundi mereka sebagai calon PH pada PRU-14 yang lalu,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, tentang kerajaan Gabungan Baharu di Johor, Bersih berpendapat kemungkinan sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) boleh tergantung dengan jumlah 28-28 sekiranya dua Adun tersebut kekal bersama PH .

“Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Johor bahawa gabungan baharu telah mengambil alih kerajaan Johor dengan 28 Adun menyatakan sokongan kepada gabungan baharu, sementara 26 Adun memilih untuk bersama-sama PH.

“Di dalam dewan mempunyai 56 Adun, ini bermaksud terdapat dua orang Adun iaitu Datuk Seri Salahuddin Ayub (AMANAH-PH) dan YB Mazlan (Bersatu) yang dilaporkan masih belum menyatakan sokongan mereka.

“Jadi, kami memohon Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar untuk memperkenan Adun memilih sendiri siapa yang akan membentuk kerajaan negeri dalam sidang khas Dun, selari dengan bagaimana Dewan Rakyat akan memilih siapa Perdana Menteri seterusnya,” ujarnya lagi.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Covid-19: Apa Muhyiddin dapat buat dengan kuasa mutlaknya, soal Mahathir

Menteri Pendidikan tiada kepimpinan, bimbang wujudnya ‘generasi ketinggalan’

Keazaman untuk tidak berubah (Bahagian 1)

Mahfuz desak kerajaan perjelas isu projek rundingan terus lebih RM100 juta

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production