Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Adun Pulai Sebatang saran hormati keputusan larangan ceramah di masjid
Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong yang dilaporkan berceramah di masjid.

Adun Pulai Sebatang saran hormati keputusan larangan ceramah di masjid

AMNI JAGATMay 21, 2019 10:49 am




Adun Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Cheman hari ini berkata semua pihak perlu menghormati keputusan dari Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) yang melarang untuk mengadakan ceramah berunsur politik di masjid.

Beliau yang merujuk kepada surat perkeliling yang dikeluarkan oleh jabatan tersebut bertarikh 13 Mei 2019 berkenaan isu larangan tersebut.

Beliau yang sebelum itu turut menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang menuding jari ke atas pimpinan dari Pakatan Harapan (PH) yang didakwa menggunakan tempat ibadah tersebut sebagai tempat penyebaran fahaman politik.

Mohd Taqiyuddin Cheman

“Saya merujuk kepada tindakan sebuah laman ‘facebook’ yang menggelarkan anjing kepada Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong yang dilaporkan berceramah di masjid.

“Dalam hal tersebut pihak yang menuduh itu dilihat berat sebelah kerana apabila perkara yang sama dilakukan oleh pihak pembangkang di Johor tidak pula laman tersebut melaporkannya.

“Saya memohon agar semua pihak menghormati perkara ini dan hentikan sebarang kegiatan yang bakal mengundang fitnah dari masyarakat,” ujarnya.

Beliau yang ditemui ketika selesai menunaikan solat sunat Tarawih di Masjid Al Faizin Parit Semerah, Pontian berkata semua pihak perlu mengamalkan konsep kesederhanaan termasuk dalam tutur kata.

Selain itu beliau menyatakan, titah Sultan Johor perlu dihormati semua pihak bukan sahaja pihak kerajaan malah sesiapa sahaja yang berniat untuk mempolitikkan masjid.

“Islam tidak mengajar untuk kita menggelarkan seseorang itu dengan binatang apatah lagi binatang seperti anjing dan itu bukanlah akhlak Islam.

“Sekiranya ada perilaku yang salah, Islam mengajarkan agar mengambil langkah menegur secara berhemah agar ia tidak mencemarkan nama baik Islam itu sendiri.

“Juga saranan saya ini kepada penceramah-penceramah bertauliah yang dilaporkan kepada saya wujud di kalangan mereka yang cuba menanamkan kebencian kepada pihak kerajaan di negeri ini. Perkara ini perlu dihentikan segera.

“Selain itu, kita sebagai rakyat perlu menghormati titah Duli Tuanku Sultan Johor yang telah mengeluarkan titah agar tidak berpolitik di dalam masjid. Selain ceramah, apa sahaja perkara yang berbentuk politik seperti simbol atau lambang kepartian perlu dielakkan dari terus digunakan di dalam masjid,” ujarnya lagi.

 

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Peniaga pisang goreng anggap timbalan menteri “agak kurang sopan”

Annuar sahkan Anwar cukup sokongan jadi PM?

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Rakyat Kelantan bina jambatan guna batang kayu, duit kerajaan negeri beli Mercedes Benz

PENDAPAT: PN bercempera pun salah DAP

Terkini

Kos RM35.4 juta boleh buat ujian swab lebih 500,000 rakyat Malaysia

Pejabat PM sahkan RM35 juta untuk projek bina 3 dewan bukan 1 dewan

Hanipa minta gerai jual burger dibuka hingga jam 12 malam

Vaksin COVID-19: Khairy kecewakan rakyat Malaysia

4,029 kes baru tertinggi direkodkan hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production