Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Adun Rembia perlu bayar RM10juta jika keluar PKR
Datuk Mohd Jailani Khamis

Adun Rembia perlu bayar RM10juta jika keluar PKR

MALAYSIADATELINEMarch 3, 2020 5:00 pm




Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis perlu membayar RM10 juta kepada PKR kerana bertindak keluar parti walaupun setakat ini belum ada perisytiharan rasmi oleh Adun terbabit mengenai tindakan itu.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Datuk Halim Bachik, berkata bayaran itu berdasarkan perjanjian antara semua Adun dan Ahli Parlimen PKR ketika mereka dipilih sebagai calon mewakili parti berkenaan dalam Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Mei dua tahun 2018.

Datuk Halim Bachik

“Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Muhammad Jailani berhadapan dengan tindakan undang-undang yang bakal diambil oleh PKR Pusat,” katanya seperti dipetik laporan Berita Harian hari ini.

Muhammad Jailani juga Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka.

Halim berkata, walaupun setakat ini Adun berkenaan belum membuat perisytiharan rasmi keluar PKR, beliau secara peribadi menyifatkan tindakan Muhammad Jailani menyokong Perikatan Nasional (PN) sebagai isyarat jelas sudah berbuat demikian.

Bagaimanapun, PKR Pusat setakat ini tidak memecat Adun terbabit, malah belum memanggilnya untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyokong PN semalam.

“Semua Adun dan Ahli Parlimen PKR diwajibkan membayar RM10 juta kalau keluar parti tetapi jika mereka dipecat, tidak perlu bayar, ” katanya pada sidang media bersama Pengerusi PH, Adly Zahari di Ibu Pejabat AMANAH di Bukit Katil, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew.

Semalam Muhammad Jailani dan ADUN DAP Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dilaporkan hadir dalam sidang media Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Ab Rauf Yusoh mengenai keyakinan PN membentuk kerajaan negeri yang baharu menggantikan PH.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

“Beli 1 Mercedes minta maaf, beli 14 Mercedes banyak pula dalil”

Benarkah jasa Mahathir menyebabkan PH menang PRU-14?

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Terkini

‘Ahli Parlimen tidak boleh bincang kepentingan rakyat di kedai mamak’

Awas Covid-19: Lagi 3,339 dijangkiti, 240 kes ICU, 10 kluster baharu

Boleh pula menteri rentas negeri, berkumpul makan tidak amal jarak

Ugut tembak, pecah pasu bunga masjid, bapa Bob Lokman didenda RM4,000

Setpol Menteri Sumber Manusia positif Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production