Adun Senggarang tempelak dakwaan pembangkang tidak bantu mangsa banjir

Adun Senggarang tempelak dakwaan pembangkang tidak bantu mangsa banjir

Khairuddin A Rahim (kanan) menyantuni mangsa banjir di lokasi rumah mangsa

Ahli Dewan Undangan  Negeri (Adun) Senggarang,Khairuddin A Rahim menempelak tindakan sebahagian parti pembangkang yang mendakwa beliau tidak menyantuni mangsa banjir.

Menurut beliau, kenyataan itu berniat jahat sedangkan beliau ketika dihubungi telah memaklumkan situasi keadaan mangsa banjir dari masa ke semasa di laman facebooknya.

“Segala bantuan telah disalurkan kepada mangsa banjir di sekitar Batu Pahat termasuk ke kawasan yang bukan di bawah Dun saya.

“Pakatan Harapan (PH) sedari awal lagi telah menggerakkan jenteranya untuk bertemu dengan penduduk di pusat-pusat permindahan.

“Saluran seperti bantuan makanan dan keperluan telah disalurkan. Pihak kami juga telah bersama-sama dengan agensi yang terbabit dalam misi bantuan mengusahakan perkara tersebut,” ujarnya.

Sebelum itu, Khairuddin juga membalas kenyataan pembangkang dengan menyatakan mangsa banjir perlukan bantuan bukan sekadar tunjuk muka.

“Mangsa banjir bukan mahu tengok muka kita dan apa yang penting bantuan yang disalurkan sampai kepada mangsa tanpa mengira latar belakangnya,” jelasnya lagi.

Mangsa banjir di Batu Pahat yang melibatkan 150 orang mangsa telah diberikan bantuan oleh jentera PH dan hari ini mereka telah dibenarkan pulang.

“Antara tempat yang disalurkan bantuan adalah Sekolah Kebangsaan Sungai Suloh seramai 110 mangsa dan Sekolah Kebangsaan Kampung Baru seramai 40 orang.

“Segala usaha tersebut telah disempurnakan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Senggarang,” kata Khairuddin.