Malaysia Dateline

Adun Slim Mohd Khusairi meninggal dunia di Bentong

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Bentong, Pahang, hari ini.

Mohd Khusairi, 59, meninggal dunia selepas tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad mengesahkan perkara itu, namun berkata, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut.

“Jenazah sekarang berada di Hospital Bentong dan saya dalam perjalanan ke sana,” katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.

Terdahulu, berita kematian ADUN itu dikongsikan menerusi laman media sosial pemimpin Umno negeri dan pusat.

PRU 14 lalu Dun N.58 Slim dimenangi BN dengan majoriti 2183, Allahyarham telah menewaskan dua calon daripada Pas dan PKR masing-masing mendapat bilangan undi 4103 dan 6144.