Adun Sungai Kandis meninggal dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya, jam 11.10 pagi tadi.

Bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor itu disahkan meninggal dunia kerana menghidap penyakit kanser limfoma.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang juga Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata, beliau amat sedih kehilangan seorang teman sejati dalam perjuangan

“Semoga roh allahyarham Shuhaimi Shafiei ditempatkan di syurga yang penuh nikmat Allah SWT,” tulisnya di Facebook.

Menurut kenyataan media Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah, jenazah allahyarham akan diuruskan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sejurus selesai urusan di hospital.

“Jenazah kemudian akan disemadikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam dijangka selepas solat Asar,” jelasnya lagi.

Pada PRU-14 lalu, Shuhaimi menang bertanding di N49 Sungai Kandis yang sebelum ini dikenali sebagai Seri Andalas dengan majoriti 12,480 undi dalam pertandingan empat penjuru.

8.0
OVERALL SCORE
: 10.0
1 user vote x 6.0
CATEGORIES
TAGS