Malaysia Dateline

ADUN Teratai letak jawatan SU Organisasi DAP Selangor

ADUN Teratai Bryan Lai Wai Chong hari ini meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Organisasi DAP Negeri Selangor berkuat kuasa serta merta.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo selepas menerima surat peletakkan jawatan daripada ADUN berkenaan semalam.

Berikutan itu, menurut Gobind satu mesyuarat Jawatankuasa DAP Negeri Selangor telah diadakan petang tadi dan perletakan jawatan Bryan Lai telah diluluskan oleh Jawatankuasa DAP Negeri Selangor.

Katanya, Bryan Lai masih kekal sebagai ahli biasa DAP dan juga wakil rakyat DAP bagi DUN Teratai.

“Perkara ini juga akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Disiplin DAP Kebangsaan,” katanya.

Jawatankuasa Negeri juga telah melantik Lau Weng San selaku pemangku jawatan Setiausaha Organisasi DAP Negeri Selangor berkuatkuasa hari ini susulan perletakan jawatan oleh Bryan Lai.