Aeon Co catat keuntungan bersih tinggi RM105.12 juta

Aeon Co catat keuntungan bersih tinggi RM105.12 juta

AEON Co (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM105.12 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2018, berbanding RM105.01 juta yang dicatatkan pada 2017.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata ia mencatatkan jumlah hasil sebanyak RM4.35 bilion pada 2018, yang merupakan kenaikan 5.6 peratus berbanding hasil RM4.12 bilion pada tahun sebelumnya.

Hasil tinggi itu disumbang terutamanya daripada gedung dan pusat membeli belah baharunya yang dibuka pada April 2018.

Gedung-gedung yang baru diubah suai juga menyumbang kepada peningkatan hasil itu.

Bagi suku keempat yang berakhir 31 Dis, 2018, keuntungan bersih meningkat kepada RM53.54 juta daripada RM39.17 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Lembaga menjangka prestasi bagi tahun kewangan 2019 akan terus mencabar.

— BERNAMA