Malaysia Dateline

Aeril Zafril dikecam gara-gara satu komen dianggap tak sensitif pada Ustaz Kazim

Pada semalam, Ustaz Kazim Elias memuat naik sekeping gambar di laman Facebook miliknya dengan meminta jasa baik orang ramai untuk mengubati penyakit yang sedang dialaminya.

Menerusi hantaran tersebut, tangan beliau kelihatan sedikit kehitaman dengan biji-biji hitam timbul di tangan kirinya akibat menderita penyakit misteri.

Bagaimanapun, komen yang ditinggalkan oleh selebriti terkenal Aeril Zafril dalam hantaran berkenaan menarik perhatian ramai sehingga mengundang kecaman.

Aeril bertanya “Shooting kan ni ustaz?”

Susulan itu ramai juga yang meninggalkan komen terhadap Aeril atas soalanya itu. Netizen berkata, Aeril seolah-olah tidak mempunyai rasa simpati kepada ustaz Kazim memandangkan pendakwah bebas itu sudah lama menderita sakit kulit akibat buatan orang.

“Minta kena kecam ke bro?” tulis seorang pengguna.

Sementara itu Aeril menjelaskan bahawa dia hanya bertanya kerana ia terlihat seperti solekan kesan khas berdasarkan pemerhatiannya. Tambahnya, Aeril sedia maklum bahawa Ustaz Kazim tidak sihat.

Lantaran itu, dalam satu perkongsian baru oleh Ustaz Kazim, dia memaklumkan bahawa gambar lengan dengan solekan kesan khas itu hanyalah kiasan terhadap penyakit yang sedang dia alami.

Baca juga: Bolehkah Malaysia dapat pengajaran dari Sri Lanka yang dijangka diisytihar bankrap?

Baca juga: Wanita ada dua suami dihalau, pakaian dibakar