Aeril Zafril jual Lamborghini kuning yang berharga RM2.2 juta, niat sebahagian hasil diderma kepada Palestin

Oleh KIM SYAZIE

Selepas setahun menggunakan Lamborghini Aventador, selebriti terkenal, Aeril Zafrel memutuskan untuk menjual kereta kuning miliknya itu.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, suami kepada selebriti Wawa Zainal berkata, dia memilih untuk menjual kereta berkenaan kerana ia jarang dipakai.

Kereta tersebut difahamkan bernilai RM2.2 juta ketika Wawa membelinya untuk Aeril.

“Goodbye Lambo. Jarang sangat pakai kereta ini. Jual jela,” tulisnya.

Aeril berkata, sebahagian hasil dari jualan kereta pemberian isterinya itu akan didermakan kepada rakyat Palestin.

“Insya Allah sebahagian hasil ini kita derma ke Palestin,” ujarnya.

Dalam hantaran berkenaan, Aeril turut memuat naik video mengucapkan selamat tinggal kepada kenderaan tersebut selepas diserahkan kepada orang lain.

“Selamat tinggal kuning (panggilan untuk kereta)” ujarnya berserta tanda sedih.

Untuk rekod, kereta tersebut merupakan pemberian isterinya iaitu pelakon iaitu pelakon dan juga usahawan Wawa Zainal.

Dalam satu kenyataan sebelum ini Aeril juga pernah meluahkan hasrat untuk menjual kereta berkenaan atas alasan sama kerana jarang digunakan.

Ketika awal memiliki kenderaan berkenaan tahun lalu, Aeril juga menerima kecaman kerana dikatakan sengaja menyewa kereta mewah untuk tujuan content di media sosial.

Baca juga: Nak elak botol sos jadi comot? Guna satu bahan ni je senang