
Agamawan yang mandul
Sebahagian agamawan di Malaysia hari ini peranan mereka tidak lagi releven dan perlu dibisukan. Agamawan ini banyak kecelaruan yang berlaku dalam diri mereka seperti menganggap syurga dan neraka adalah mereka yang punya malah merasakan bahawa agama ini adalah milik mereka.
Agamawan ini sangat layak di gelar mandul kerana akhlak dan etikanya yang telah bertentangan dengan nilai islam yang sejahtera dan harmoni ini. Kadang kala seumpama mengambil alih tugas Tuhan gamaknya.
Agamawan yang mandul ini sifatnya seringkali menerakakan manusia yang berdosa walhal Tuhan hanya beri lebih sedikit nikmat pada mereka mendapat hidayah. Tetapi mereka ini sering kali merasa terlalu mulia sehingga melihat orang di sekeliling nya hanya biasa-biasa dan banyak dosa.
Mereka ini tidak turun ke lapangan untuk menyantuni pendosa-pendosa. Untuk apa? Untuk ajak ke syurga, tapi hanya tahu menerakakan mereka. Kemandulan agamawan yang hakiki adalah tidak membimbing manusia ke syurgaNya.
Agamawan yang mandul ini juga sifatnya sering menggelar orang munafik. Mereka ini seringkali membaca hadis ciri-ciri munafik, jika ada ciri itu pada seseorang, makanya terus cop orang itu munafik.
Agamawan ini seolah-olah telah menjadi seperti Huzaifah Al-Yamani yang menyimpan nama-nama orang munafik yang telah di beritahu oleh Rasulullah. Walhal para sahabat nabi pada hari itu pun tidak tahu siapa orang munafik tetapi agamawan mandul pada harini lebih hebat daripada sahabat yang tidak perlu di beritahu Rasulullah untuk mengenal orang munafik.
Menggelar seseorang munafik ini besar impilikasinya. Ianya kerana orang munafik tempatnya adalah neraka yang paling bawah. Dalam quran ada menyebut:
“Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka. “(Nisa:145)
Beginilah kemandulan orang agama tidak mampu bimbing manusia ke syurga.
Kemudian, agamawan yang mandul ini sifatnya seringkali mengkafirkan dan mengfasikkan orang lain. Mereka ini melihat manusia yang berdosa ini seolah-olah tiada harapan lantas mengkafirkan mereka. Mereka ini acap kali mengkafirkan golongan yang berbeza dengan mereka. Hassan Al Banna dalam usulnya yang ke 20 ada menyebut:
“Kita tidak mengkafirkan seorang Muslim yang telah mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan tuntutan-tuntutannya dan menunaikan kawajipan-kewajipannya dengan hanya berdasarkan kepada pendapat atau maksiat yang dilakukannya “
Tapi agamawan mandul ini kerjanya mengkafirkan dan mengfasikkan, gagal untuk mengajak mereka jadi orang yang beriman kerana kemandulan mereka.
Agamawan yang mandul hari ini kerja mereka buka lagi untuk menyeru manusia pada Allah, mengajak pada syurga dan menjadi orang beriman, tetapi lebih tepat mengkafirkan, memunafikkan,menerakan dan mengfasikkan.
Akhirnya orang agama inilah yang merosakkan agama, siapa lagi yang lebih hebat merosakkan agama kalau bukan orang agama itu sendiri?
Agama ini bukan milik mutlak individu, apatah lagi parti atau kumpulan.
*Penulis adalah Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sejarah dan Tamadun Islam Universiti Malaya