Malaysia Dateline

Agenda ‘Peduli Rakyat’ terus diutamakan, golongan marhaen dibantu

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menjadi penghalang untuk meneruskan khidmat dan menyalurkan bantuan kepada golongan marhaen dan mereka yang memerlukan.

Agenda ‘Peduli Rakyat’ tetap menjadi keutamaan untuk membantu pelbagai golongan masyarakat tanpa membezakan ras, agama maupun ideologi politik mereka.

Menurut Ahli Dewan Undangan Permatang Pasir, Faiz Fadzil, agihan sumbangan diagihkan semalam kepada golongan yang memerlukan di beberapa buah kawasan dalam Dun Permatang Pasir.

“Sumbangan yang diberikan sebagai bukti keprihatinan dan kepedulian terhadap golongan yang memerlukan termasuk asnaf.

“Mereka diberikan sumbangan berupakan barang dapur, pelitup muka serta buah kurma khususnya bagi masyarakat Islam di Permatang Rawa, Cross Street dan kawasan Tanah Liat.

“Selain itu sumbangan juga diberikan kepada penduduk dan golongan yang memerlukan di Kubang Semang, Sungai Semambu, Bukit Indera Muda serta Kampung Petani,” tegas beliau.

Di samping itu tambah beliau, peduli kepada rakyat merupakan tanggung jawab yang harus dilaksanakan dalam apa jua situasi sebagai suatu amanah yang tidak harus dikesampingkan.