Agenda perkaderan perlu dipandang serius di semua peringkat, kata Dr Mariah

Agenda perkaderan perlu dipandang serius di semua peringkat, kata Dr Mariah

Agenda perkaderan perlu dipandangan serius oleh pimpinan parti semua peringkat, jika ia gagal menyediakan generasi pelapis bermakna parti sedia untuk melihat kegagalan di masa depan, kata Ketua Wanita AMANAH Nasional (Awan) Dr Siti Mariah Mahmood.

Beliau berkata, perkaderan sangat penting yang mana setiap organisasi AMANAH perlu memanifestasikan perkaderan melibatkan sasaran 30 peratus di setiap kawsan dan negeri.

“Wanita muda di dalam Awan walaupun kita ada Wardah (bawah 30 tahun). Yang mana 30 peratus itu sasaran minima kita. Jika boleh hingga cecah 50 peratus.

“Kita perlu terbuka menerima wanita muda walaupun kita merasakan mungkin wanita muda itu tidak ‘fit in’ pada awalnya…tidak mengapa kerana kita sebagai ‘ibu’ atau ‘kakak’ bertangugngjawab untuk memimpin mereka dalam
parti, jangan ada sikap tidak mesra menera mereka,” ujarnya

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada Konvensyen Awan Nasional Kali ke-3 yang diadakan di MITC Convention Centre, Melaka hari ini.

Konvensyen ini turut dihadiri Naib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa, Penasihat Agama AMANAH Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi AMANAH Negeri  yang juga Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, Timbalan Ketua Awan Nasional Anfal Saari,  dan Naib Ketua Awan 1 Norhayati Bachok.

(dari kiri) Dr Siti Mariah Mahmud, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa, Adly Zahari, Datuk Seri Ustaz Ahmad Awang.

Beliau berkata, anggota perlu mengelakkan kesejangan (jarak) antara generasi muda dan dewasa dalam sebuah organisasi parti.

“Saya ingin mengingatkan dikalangan Awan yang muda sedia menerima tunjuk ajar, kerana ada ada segelintir anak muda ini bersemangat selepas kemenangan Pakatan Harapan.

“Semangat itu perlu sentiaa diadun dengan panduan kepada insan berpengalman dan lebih senior akan mampu menangani kesejangan generasi muda dan dewasa untuk memperjuangkan agenda rahmatanlilalamin,” ujarnya.

Dr Mariah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang berkata, selepas kemenangan Pakatan Harapan menerajui kerajaan terpaksa berhadapan cabaran besar.

“Kita bukan sahaja mewarisi sebuah kerajaan tetapi sebuah kerajaan yang ada ‘bocor’ sana sini… walaupun kita menang majoriti selesa yang diberikan rakyat tetapi pihak pembangkang membangkitkan perkara yang tidak sepatutnya dibangkitkan untuk mengoncang kerajaan PH hari ini.

” Dengan 60 tahun pemerintahan BN dan ia tidak boleh diubah dalam masa 6 bulan tetapi paling kurang kita perlu ambil masa 10 tahun sebagaimana yang dilalui oleh kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang sebelum ini,

“Kita tidak ada pilihan kita perlu ada anjakan paradigma sebagai ahli parti menjadi pengerak dan penyokong kepada Pakatan Harapan.

“Jangan semua perkara mengharapkan pemimpin sahaja, parti bergantung kepada ahli bukan kepada pemimpin semata-mata,” ujarnya.

Jelas beliau lagi, pemimpin memang lambang kekuatan parti tetapi kekuatan sebenar seorang pemimpin adalah barisan ahli daripada atas ke akar umbi yang menyumbang tenaga, masa dan ide.

“Tanpa ahli yang menyuburkan jiwa memberi pemimpin sendiri tidak akan dapat menguasai parti walaupun sudah memegang jawatan-jawatan penting diperingkat tertinggi. Tonggak kekuatan kerajaan Pakatan Harapan adalah dikalangan ahli-ahli parti untuk terus mempertahankan kedudukan Pakatan Harapan demi mengisi kemenangan,” ujarnya dihadapan 500 perwakilihan seluruh negeri.