Agensi risikan Tunisia gagalkan serangan menyasarkan anggota keselamatan

Agensi risikan Tunisia gagalkan serangan menyasarkan anggota keselamatan

Perkhidmatan perisikan Tunisia baru-baru ini, berjaya mematahkan serangan pengganas yang menyasarkan pasukan keselamatan di Tunis.

“Serangan pada perhimpunan anggota keselamatan dan tentera itu dirancang oleh individu yang diklasifikasikan berbahaya dan berikrar setia kepada kumpulan Daesh,” kata Menteri Dalam Negeri Tunisia, Hichem Fourati di Dewan Perwakilan Rakyat.

Beliau berkata seorang lagi suspek ditahan kerana merancang serangan keganasan untuk mencuri senjata.

Mengulas mengenai kejadian pengebom bunuh diri wanita meletupkan dirinya di jalan utama ibu negara pada 29 Oktober lalu, Fourati berkata penyerang juga pengikut setia kumpulan Daesh dan mempunyai kaitan dengan organisasi pelampau di dalam dan luar Tunisia.

Dalam insiden itu kira-kira 20 pegawai polis dan enam orang awam terkorban.

— BERNAMA-NNN-AGENCIES