Malaysia Dateline

Agensi yang bertanggungjawab digesa tampil jelaskan isu daging tidak halal

Isu daging lembu tidak halal yang di dakwa di campur daging kangaroo beserta daging kuda, yang kemudiannya di beri label halal sebelum ianya di pasarkan, isunya lebih besar dari setakat aspek ke halalan daging tersebut, demikian menurut bekas Timbalan Menteri (Agama) Fuziah Salleh.

Beliau berkata, kementerian dan agensi yang terlibat untuk tampil kehadapan dan berani menggalas tanggungjawab untuk bersemuka dengan rakyat di dalam isu ini.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua sekiranya dakwaan ini benar maka ianya harus di banteras habis-habisan dan rakyat wajar di maklumkan.

“Teringat saya satu peristiwa tatkala saya berada di dalam kerajaan dahulu berkenaan gula gula white rabbit candy kesukaan ramai di mana jelas dapatan makmal menunjukkan bahawa ianya mempunyai gelatin babi, akan tetapi maklumat tersebut tidak di keluarkan kepada umum sehinggalah saya memperoleh maklumat tersebut beberapa bulan kemudian.

“Saya kemudian membuat kenyataan rasmi untuk memaklumkan kepada orang ramai berkenaan isu tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan berkata, isu ini melibatkan satu sindiket komplot beramai ramai untuk menipu, melibatkan juga rasuah yang berterusan begitu lama selama 40 tahun.

Ianya, kata beliau melibatkan integriti dan juga ketirisan sistem nilai dalam kalangan warga agensi yang seharusnya menjadi pelindung kepada kemurniaan institusi Halal dalam negara.

“Saya kira ini masalah barah yang berada di tahap terminal. Sekiranya tidak di kenalpasti dan di rawat, maka kita rakyat Malaysia kesemuanya akan terus jatuh kelembah yang hina,” katanya.

Justeru beliau menggesa pihak kerajaan dan agensi bertanggungjawab dalam masa terdekat ini mengeluarkan kenyataan dengan segera.

Terdahulu, satu laporan di akhbar yang bertajuk ‘Cartel Crackdown’ mendedahkan aktiviti mengimport daging tidak halal yang kemudiannya di jual sebagai daging halal, didakwa melibatkan empat agensi kerajaan serta di dakwa juga telah berterusan selama 40 tahun.

Pegawai-pegawai kerajaan diberitakan sebagai telah menerima suapan dalam bentuk wang dan juga wanita (seks) demi menutup mata dan mulut yang kemudiannya membolehkan kartel ini bergerak.

Dakwaan NST juga bahawa ianya merupakan satu pergerakan yang tersusun dan mempunyai rangkaian yang hebat juga.