Malaysia Dateline

Agihan bantuan nelayan pesisir P Pinang selesai

Sebanyak RM1. 76 juta pakej bantuan rakyat Pulau Pinang 2.0 telah berjaya diselesaikan, kata Exco Pertanian & industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan, Dr Norlela Ariffin.

Ia telah memberi manfaatkan kepada seramai 4413 nelayan pesisir pantai apabila mereka menerima bantuan dalam bentuk one-off yang telah pun diagihkan melalui beberapa fasa termasuklah melalui tunai maupun EFT.

Agihan fasa pertama telah pun dilaksanakan pada 21 dan 22 Mei yang lalu yang telah diadakan di daerah Seberang Perai Utara dan juga sebelah Pulau melibatkan sejumlah 3620 nelayan pesisir pantai.

Menurut Norlela yang telah menyempurnakan agihan bantuan kewangan tersebut, fasa kedua telah pun diadakan semalam dan hari ini melibatkan agihan kepada 793 nelayan terbabit.

Malah tegas beliau, bantuan kepada para nelayan tersebut merupakan salah satu daripada 20 inisiatif yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri melalui pakej bantuan rakyat Pulau Pinang 2.0 yang berjumlah RM 76 juta membabitkan bantuan kewangan kepada golongan yang paling terkesan termasuk industri berkaitan.