Agihan kerusi Pakatan Harapan di Selangor selesai

Agihan kerusi Pakatan Harapan di Selangor selesai

Pakatan Harapan (PH) Selangor telah mencapai kata sepakat memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Negeri Selangor bagi memberikan perkhidmatan cemerlang dan terbaik untuk merealisasikan aspirasi rakyat Selangor.

Kami yakin bahawa perpaduan pimpinan dan anggota PH Selangor akan melonjakkan sokongan rakyat untuk mengekalkan pentadbiran PH dalam Kerajaan Negeri Selangor bagi meneruskan pembangunan ekonomi dan agenda peduli rakyat.

Demikian menurut kenyataan bersama yang dibuat oleh Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, Pengerusi AMANAH Selangor, Haji Ir Izham Hashim dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari hari ini.

PH Selangor akan memberi fokus sepenuhnya kepada gerak kerja pilihan raya dan memantapkan jentera PH di seluruh Negeri Selangor serta meletakkan calon-calon yang berwibawa, berintegriti dan komited untuk memberi khidmat dan menabur bakti kepada negeri dan rakyat, kata kenyataan itu.

Tambahnya, PH Selangor yakin rakyat Selangor akan menggembeleng tenaga dan memberi sokongan yang padu demi membangun bangsa dan memakmur negeri.

5.0
OVERALL SCORE
2 user votes x 7.5