Agong Al Sultan Abdullah tiba di Istana Abu Bakar

Agong Al Sultan Abdullah tiba di Istana Abu Bakar

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di di Istana Abu Bakar, Pekan 10.40 pagi untuk istiadat pemakaman Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah.

Sultan Abdullah sebak ketika melihat keranda Jenazah Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Istana Abu Bakar, Pekan pukul 11.05 pagi untuk penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ahmad Shah.

Almarhum Sultan Ahmad Shah yang bertakhta di tampuk pemerintahan negeri Pahang selama 45 tahun merupakan seorang raja yang sangat disegani rakyat kerana keperibadian almarhum yang merendah diri dan sentiasa mendampingi rakyat terutama ketika rakyat dilanda musibah atau kesusahan.

Baginda pernah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ketujuh bermula 26 April 1979 hingga 25 April 1984 dan sebelum itu dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 21 Sept 1975.- BERNAMA