Malaysia Dateline

Agong bakal bertemu pemimpin parti politik

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayutuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka bakal bertemu dengan pemimpin-pemimpin parti politik utama di negara ini pada 9 hingga 11 Jun ini.

Lapor SuaraTV, baginda dijangka bertemu Presiden Bersatu yang juga Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sesi pertama, diikuti parti-parti lain yang mempunyai perwakilan dalam Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, pertemuan itu difahamkan hanya bagi mendapat pandangan dan tiada sebarang perencanaan perubahan kerajaan darurat dalam masa terdekat.

Seri Paduka turut dikatakan akan menggunakan pertemuan tersebut untuk mendengar pandangan isu semasa dan mengenai lanjutan proklamasi darurat.