Malaysia Dateline

Agong buat keputusan berhikmah bila tangguh darurat, kata Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Andul Hadi Awang menyifatkan, keputusan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja adalah sangat berhikmah dalam menghadapi wabak politiking dengan menangguhkan perisytiharan darurat.

Dalam masa yang sama beliau menyifatkan, keputusan Kabinet yang mencadangkan agar darurat itu dilaksanakan ibarat pemuda yang dihukum bunuh oleh Raja Temasik pada zaman dahulu kala.

Perkara ini dinyatakan Hadi dalam kenyataan media beliau yang disiarkan menerusi facebook beliau.

Dalam tulisan menerusi ruangan Minda Presiden Pas itu, Hadi berkata, tidak mudah untuk membuat keputusan yang berhikmah bagi menangani wabak pandemik Covid-19 yang berkembar dengan wabak politiking.

“Kedua-duanya mempunyai virus masing-masing, ghaib yang sukar dilihat, cuma dapat didengari dan dilihat kesan serta baunya sahaja yang telah menimpa rakyat yang menjadi mangsa.

“Inilah cabaran kepada KDYMM Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja,” kata beliau.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika memberikan ucapan ke seluruh negara selepas Yang Dipertuan Agong menolak peristiharan darurat berkata, peristiharan darurat perlu untuk mengelakkan pilihan raya kecil Batu Sapi dan Sarawak.