Malaysia Dateline

Agong lihat kerajaan PN tidak kukuh, kata MP AMANAH

Tindakan Yang Dipertuan Agong menitahkan agar Parlimen bersidang segera adalah kerana baginda dan Raja-raja Melayu melihat kerajaan yang ada tidak kukuh, kata Naib Presiden AMANAH Datuk Mahfuz Omar.

“YDP Agong dan Raja-raja melihat pentadbiran kerajaan tak stabil dan kukuh serta tak upaya berfungsi dengan efektif dalam menangani Covid-19 dan pulihkan ekonomi negara.

“Sebab itu perlu Parlimen sidang segera,” kata ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam kenyataan ringkas beliau selepas Yang Dipertuan Agong menitahkan agar Parlimen bersidang segera.

Dalam titahnya melalui Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, Datuk Pengelola Bijaya Diraja sekejap tadi, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan pandangan bahawa perlu adanya pentadbiran Kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara.