Malaysia Dateline

Agong perkenan pembubaran Parlimen hari ini

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk membubarkan Parlimen Ke-14 hari ini, sekaligus memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15.

Keputusan itu dibuat di tengah-tengah spekulasi mengatakan Parlimen bakal dibubar sebelum tahun berakhir.

“Tengahari semalam saya menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah dan menyembah warkah permintaan kepada baginda mengenai pembubaran Parlimen ke 14.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, telah bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan saya, supaya Parlimen dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan khas yang disiarkan jam 3 petang hari ini.

Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) antara yang membantah pembubaran Parlimen memandangkan tempoh tengkujuh sedang melanda dengan jangkaan banjir-banjir besar di beberapa kawasan.

Sementara itu, Ismail dalam perutusannya mengesyorkan supaya Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali kerajaan negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor supaya mengambil tindakan sewajarnya, bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing pada tarikh yang sama dengan Pilihan Raya Umum Peringkat Parlimen, meskipun beberapa buah negeri telah memutuskan untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.

Baca juga: KWSP 2.0: Orang ramai hujani desakan ketika PM mahu buat Perutusan Khas

Baca juga: Harapan Johor ulang pendirian fokus persiapkan jentera musim banjir, bukan sibuk pilihan raya