Agong perkenan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara

Yang Dipertuan Agong perkenan melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baru serta melucutkan jawatan Apandi Ali.

Yang Dipertuan Agong telah merestui penamatan Tan Sri Apandi Ali dan melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara yang baharu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz lewat malam tadi, Baginda juga melahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V telah menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan negatif kebelakangan ini yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, Baginda menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama.

“Kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama.

“Perlantikan ini tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputra serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan,” tegas baginda dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun  itu, Wan Ahmad Dahlan berkata Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

“Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia, ” katanya.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS