Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Agong, Permaisuri sempurnakan Pemakaian Pangkat dua anakanda
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) berkenan menyempurnakan pemakaian pangkat Leftenan Muda kepada Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah di Istana Negara hari ini. Susulan pemakaian pangkat itu, Tengku Hassanal akan ditugaskan di 4 Briged Mekanize, Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pahang.-Foto Bernama.

Agong, Permaisuri sempurnakan Pemakaian Pangkat dua anakanda

BernamaJanuary 21, 2020 5:11 pm




Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pemakaian Pangkat kepada dua anakanda baginda.

Majlis Pemakaian Pangkat itu disempurnakan sendiri oleh Seri Paduka berdua kepada Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang dipakaikan pangkat Leftenan Muda dan Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah yang dipakaikan Leftenan Kolonel di Istana Negara.

Turut hadir pada majlis itu ialah kerabat-kerabat Diraja Pahang serta Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dan Panglima Tentera Udara Leftenan Jeneral Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Susulan pemakaian pangkat itu, Tengku Hassanal akan ditugaskan di 4 Briged Mekanize, Batalion Ke-12 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Pahang, manakala Tengku Amir pula di Batalion Pertama Rejimen 505 (Askar Wataniah), Pahang.

Tengku Hassanal telah menamatkan pengajian ketenteraan di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom pada Disember 2019, selepas menjalani latihan di akademi itu selama 44 minggu.

Tengku Hassanal merupakan adalah antara 242 pegawai kadet yang ditauliahkan di perbarisan Sovereign´s Parade di Sandhurst, yang dirasmikan oleh HRH Sophie, Countess of Wessex, sebagai mewakili Ratu Elizabeth ll pada 13 Dis 2019.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berangkat ke majlis perbarisan pentauliahan Tengku Hassanal itu.

Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst merupakan pusat latihan tentera tersohor dunia. Sejak berdekad lalu, sebilangan anak-anak raja Melayu telah menjalani latihan dan bimbingan di akademi berkenaan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (kiri) bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) berkenan menyempurnakan pemakaian pangkat Leftenan Kolonel kepada Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah di Istana Negara hari ini. Susulan pemakaian pangkat itu, Tengku Amir akan ditugaskan di Batalion Pertama Rejimen 505 (Askar Wataniah), Pahang. –Foto: Bernama.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Hubungan Pas-DAP: ‘Kalau imam dah terberak, takkan nak ikut lagi?’

Gesa kerajaan negeri Johor selamatkan kontraktor kecil Bumiputera

Covid-19: Adun Nenggiri akui mungkin terlalai abai SOP

Pas main dua kolam: Mustahil Umno duduk diam?

Pakej Kita Selangor bela kebajikan rakyat hadapi PKP 2.0

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production