Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Agong selesai mengerjakan Umrah

Agong selesai mengerjakan Umrah

Oleh BERNAMAJuly 14, 2019 10:11 am




Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai mengerjakah umrah di Makkah bersama-sama berjuta-juta umat Islam yang kini berada di Tanah Suci semasa musim haji ini.

Sepanjang melakukan ibadah itu, Seri Paduka yang dikawal anggota keselamatan Arab Saudi, turut diiringi putera baginda, Tengku Amir Nasser Ibni Sultan Abdullah, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan anggota delegasi dari Malaysia.

Sultan Abdullah turut berpeluang mencium Hajarul Aswad, batu yang diturunkan dari syurga, yang terletak di sudut timur Kaabah.

Kenangan manis mengerjakan ibadah sunat itu turut dikongsi apabila Tengku Amir Nasser membantu menggunting rambut Seri Paduka semasa melakukan Tahalul.

Seri Paduka berada di Arab Saudi untuk melakukan lawatan khas tiga hari bermula Jumaat lepas atas undangan Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, Penjaga Dua Kota Suci.

Pada hari pertama lawatan itu, baginda berangkat mengunjungi Madinah dan mengadakan perjumpaan bersama rakyat Malaysia di sana.

Seri Paduka dijadual berangkat pulang ke Kuala Lumpur dari Jeddah, pada 5 petang ini.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

‘China bina hospital dengan segera, Malaysia bina dewan ketika darurat’

China bina kem kuarantin tampung 4,000 pesakit Covid-19

MAFI dicadang segerakan Program Bakul Kasih Sayang bantu rakyat miskin

Kes Covid-19 terus tinggi, lagi 3,170 kes baharu, 41,755 kes aktif hari ini

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production