Agrobank sasar pertumbuhan pembiayaan sebanyak RM1.2 bln tahun ini

Agrobank sasar pertumbuhan pembiayaan sebanyak RM1.2 bln tahun ini

Agrobank, yang sebelum ini dikenali sebagai  Bank Pertanian Malaysia Bhd, menyasarkan pertumbuhan pembiayaan sebanyak RM1.2 billion bagi tahun kewangan yang akan berakhir pada 31 Dis 2019 (FY19).

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Syed Alwi Mohamed Sultan berkata pada FY18 jumlah baki pembiayaan berjumlah RM10.7 bilion dengan pertumbuhan 12 peratus atau sebanyak RM1.2 bilion melepasi sasaran awal berjumlah RM1 bilion.

“Setakat Februari 2019, agrobank mencatatkan pertumbuhan pembiayaan sebanyak RM47.62 bilion, yang meupakan permulaan yang memberangsangkan bagi FY19.

“Pertumbuhan ini membuktikan sektor pertanian dan agro makanan mempunyai potensi yang besar dan masih relevan dengan permintaan yang berterusan,”  katanya pada sidang media sempena Dialog Niaga Agrobank di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Pertaniaan dan Industri Asas Tani ( MOA) , Datuk Salehuddin Ayob, Ketua Setiausaha Kementerian MOA, Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan dan Pengerusi Agrobank, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Beliau berkata peratusan pinjaman tidak berbayar (NPL) pada FY18 turut merekodkan penurunan kepada 4.08 peratus daripada 4.5 peratus pada tahun sebelumnya.

“Agrobank bank menyasarkan NPL tahun ini diturunkan kepada empat peratus, dibantu oleh perlaksaan kutipan yang baik, memastikan kualiti asset yang teguh, serta memperkukuh taja jamin,” katanya.

Menyentuh mengenai pembiayaan mikro, Syed Alwi berkata Agrobank mengunjurkan pembiayaan berjumlah RM290 juta bagi segmen itu tahun ini yang mewakili pertumbuhan RM70 juta.

Sementara itu, dalam ucapannya, Mohamad Zabidi berkata Agrobank sentiasa komited dalam memperjuang industri pertanian di negara ini agar terus berkembang dan bergerak maju ke hadapan seiring industri yang lain.

Menurut beliau, pertanian merupakan antara pemangkin utama ekonomi negara yang mempunyai prospek dan peluang yang meluas.

“ Daripada aktiviti huluan seperti penghasilan bekalan input pengeluaran makanan iaitu industri pemternakan, perikanan, tanaman, komoditi sehinggalah pertanian hiliran iaitu pemprosesan makanan , kraftangan dan seumpanya, ternyata bidang ini ini meluas dan mempunyai banyak prospek,“ katanya.

—   BERNAMA