AgroMall Puchong beri manfaat, keuntungan kepada usahawan asas tani, makanan

AgroMall  Puchong beri manfaat, keuntungan kepada usahawan asas tani, makanan
Datuk Salahuddin Ayub melihat tapak projek pembinaan AgroMal di atas tanah seluasx tiga ekar di Puchong hari ini.

Sebuah pasaraya moden AgroMall akan dibina di Puchong, Selangor bagi memberi tumpuan kepada produk berasaskan pertanian dan makanan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) projek dengan kos RM8juta itu dibangunkan di tapak seluas 3 ekar dijangka siap pada 2020 kelak.

“Ia akan menempatkan lot jualan produk agro makanan, showcase bagi produk industri asas tani dan dilengkapi kemudahan bilik sejuk, tandas,surau serta ruang parkir

“Projek ini akan menjadi saluran pasaran alternatif dengan pengwujudan outlet runcit premium bagi peningkatan penjualan produk agro makanan dan produk industri asas tani keluaran usahawan tempatan,”ujarnya.

Beliau sebelum itu mengadakan majlis pecah tanah tapak Agro Mall di Puchong di sini.

Salahuddin turut berkata, dianggarkan terdapat lebih dari 1,500 stock unit produk keluaran usahawan PKS Asas Tani malangnya,, pengguna sukar untuk mendapatkannya di pasaran.

“DIjangkakan seramai 250 usahawan asas tani akan mendapat manfaat daripada pembangunan AgroMall ini dengaan sasaran jualan RM18juta setahun bersamaan RM1.5juta sebulan).” ujarnya.

Buat masa ini katanya, pemilikan lot-lot niaga dalam proses tender dan dijangka siap pada 2020 yang berupaya meningkatkan pendapatan usahawan sebanyak 30 peratus.

“Andaian dengan nilai belian RM50.00 seorang pelanggan seminggu, pengunjung akan dapat menjimatkan RM14.40 setiap kali berbelanja bagi barangan yang sama.

“Sekiranya 5,000 pelanggan berkunjung ke AgroMall seminggu nilai penjimatan setahun adalah sebanyak RM10.2juta dan dapat memberi pulangan pelaburan sebanyak RM8juta kepada kerajaan,” terangnya.

Turut hadir Pengerusi Fama Ishak Ismail dan Ketua Pengarah Fama Datuk Ahmad Ishak.

Datuk Salahuddin Ayub ketika melakukan majlis pecah tanah di atas tapak AgroMall Puchong yang dijangka siap pembinaannya pada 2020 nanti.