Malaysia Dateline

Ahad cuti umum di Kelantan sempena Himpunan Kesyukuran ICERD

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa untuk peluang kepada rakyat menghadiri perhimpunan bantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD).

Himpunan yang telah diluluskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diadakan di Dataran Merdeka Sabtu ini dan dijangka dihadiri lebih 500,000 rakyat.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata kebenaran itu diberikan atas keyakinan perhimpunan bakal diadakan secara aman dan dibuat hasil mesyuarat bersama agensi kerajaan dan PDRM.

“Kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan kesyukuran jadi kami berpandangan lokasi diberikan itu akan memberikan lebih ruang kepada penganjuran itu,” katanya.