Ahli akar umbi Bersatu Teluk Kemang dakwa Cikgu Kamarul ‘pengkhianat parti’

Ahli akar umbi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Teluk  Kemang mengecam tindakan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi  Bersatu Kamarulazman  Habibur Rahman  sebagai 'pengkhianat parti' kerana mengetuai 250 ahli  di Bahagian Dungun keluar parti  kembali menyertai Umno  pada Jumaat lalu.

Ahli akar umbi Bersatu Teluk Kemang dakwa Cikgu Kamarul ‘pengkhianat parti’

Junaidy JamaludinAhli seumur hidup Bersatu Junaidy Jamaluddin (Gambar kiri) berkata, tindakan Kamarulazman yang juga bekas ahli Bersatu Bahagian Teluk Kemang yang lebih dikenali sebagai Cikgu Kamarul bertindak keluar parti itu telah mencalarkan imej parti.

“Pada pandangan saya dan rakan-rakan di Bahagian Teluk Kemang , Cikgu Kamarul adalah seorang yang tidak berintegriti dan tiada pegangan dalam perjuangan.

“Pada kami semua ahli PPBM Bahagian Teluk Kemang beranggapan pada mulanya Cikgu Kamarul adalah seorang pejuang bangsa, akan tetapi kami semua tertipu dengan kata-kata manis dan jualan ayat-ayat perjuangan bangsa dan Negara.Rupa-rupanya, semua bunga bahasa dan perjuangan beliau adalah palsu dan ianya adalah menjurus ke arah kepentingan peribadi semata-mata.

“Cikgu Kamarul merupakan seorang yang tidak boleh dipercayai dan mementingkan diri sendiri dari kepentingan rakyat marhaen, justeru itu Cikgu Kamarul tidak layak di panggil perjuang tetapi beliau lebih sesuai dipanggil ‘Pengkhianat parti’.” ujarnya kepada Malaysia Dateline.

 Beliau mengulas mengenai tindakan keluar parti yang diketuai Kamarulazman, bekas Ketua Penaja Bahagian Dungun Mastura Othman dan bersama 250 ahli di bahagian itu memutuskan untuk keluar parti menyertai semula Umno-Barisan Nasional (BN).

Kamarulazman telah mengetuai penyerahan borang keahlian Umno kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan disaksikan Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus merangkap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dalam Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak pada 25 Ogos lalu.

{loadposition myposition} Menurut Junaidy lagi, sebelum ini ahli-ahli Umno di Bahagian Teluk Kemang telah bertindak keluar Umno beramai-ramai untuk menyertai Bersatu semata-mata tidak percaya dengan kepimpinan Umno-BN yang memerintah  sekarang dan ujarnya, mereka mahu perubahan secara menyeluruh demi masa depan negara.

“Bagi kami PPBM adalah satu-satunya, wardah baru yang sangat baik untuk orang-orang Melayu khususnya.

“Saya dan rakan-rakan di PPBM Telok Kemang menyeru ahli-ahli PPBM di lain-lain Bahagian supaya menolak dakyah Cikgu Kamarulazman Habiburrahman
dan rakan-rakan beliau.

“Kami mendapat tahu beliau akan menjelajah seluruh negeri untuk menarik ahli Bersatu untuk kembali kepada Umno antara buktinya dalam satu majlis yang dihadiri Cikgu Kamarul di Kedah baru-baru ini,” dakwanya.

Sebagai rekod Kamarulazman adalah bekas ketua Umno Cawangan Teluk Kemang dan antara pengasas Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).

Beliau adalah salah seorang daripada tujuh pengasas Bersatu ketika parti itu didaftarkan pada September 2016.

Pada April 2017 beliau bertindak mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Setiausaha Kerja Bersatu Pusat.

Beliau turut mengumumkan menolak tawaran sebagai pengerusi perhubungan Bersatu Negeri Sembilan, Ketua Penaja Bahagian Teluk Kemang dan mengundurkan diri daripada menjadi ahli Bersatu.