Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Ahli AMANAH kaum Cina  tubuh tiga cawangan di Miri

Ahli AMANAH kaum Cina tubuh tiga cawangan di Miri

MAHDAR BUJANGJanuary 8, 2020 11:07 am




Parti AMANAH Negara Negeri Sarawak berjaya mencatat sejarah apabila menubuhkan tiga cawangan yang terdiri daripada kalangan kaum Cina di Miri semalam.

Setiausaha AMANAH Sarawak, Fadillah Sabali berkata, tiga cawangan yang ditubuhkan itu ialah Piasau, Pujut dan Senadin.

Katanya, ketiga-tiga cawangan terbabit merupakan majoriti kaum Cina sekali gus membuktikan bahawa AMANAH adalah parti untuk semua bangsa dan kaum di negara ini.

“Parti AMANAH adalah terbuka kepada semua kaum dan agama yang mana setiap ahli mempunyai hak yang sama mengikut perlembagaan parti.

“Maka, dengan penyertaan kaum lain dalam parti ini, ia membuktikan bahawa AMANAH adalah sebuah parti yang relevan khusus untuk rakyat pelbagai kaum, budaya dan agama di negeri ini,” jelas beliau ketika hadir pada Majlis Penubuhan tiga cawangan AMANAH di Miri semalam.

Pada majlis penubuhan itu, Ling Siew Ping telah dipilih sebagai Ketua AMANAH Cawangan Senadin manakala Yeo Kian Leong dan Kong Sieng Tung masing-masing menerajui AMANAH Cawangan Piasau dan dan Pujut.

Fadillah menambah, kemasukan ahli di Miri setakat ini amat menggalakkan terutamanya di tiga cawangan berkenaan.

Ini kerana, katanya AMANAH merupakan sebuah parti alternatif dalam komponen Pakatan Harapan (PH) yang bergiat secara aktif memperjuangkan kebajikan rakyat serta progresif mendepani perubahan demi untuk kesejahteraan penduduk dan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

Beliau berkata, selain kaum Cina, AMANAH turut mempunyai ahli di kalangan orang Iban, India, Bidayuh termasuk Orang Ulu.

“Jawatan Naib 2 Pengerusi AMANAH Sarawak ialah Maxwell Rojis yang merupakan dari kalangan kaum Iban.

“Justeru, secara dasarnya Parti AMANAH ini adalah untuk semua kaum dan agama tanpa prejudis antara satu sama lain.

“Semoga dengan penubuhan tiga cawangan ini akan dapat membantu AMANAH Sarawak dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 nanti,” tambahnya.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Dr Noor Hisham lebih layak jadi Menteri Kesihatan ganti Adham

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Rakyat kecam Muhyiddin ulang apa yang dibentang dalam Belanjawan 2021

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Terkini

Cabaran dunia pasca Donald Trump

Biden dan Dasar Pivot Asia 2.0?

Kes baru dan kes sembuh COVID-19 catat rekod baharu

Lulus lawatan ke pejabat DAP, pensyarah UiTM dipaksa letak jawatan?

Enigma Mahathir

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production