Sahkah Pau 2017 bila ahli Bersatu hadir sebagai perwakilan Umno, soal MPT Bersatu

Sahkah Pau 2017 bila ahli Bersatu hadir sebagai perwakilan Umno, soal MPT Bersatu

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa terdapat ahli Bersatu hadir sebagai perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno (Pau) 2017 yang kini sedang berlansung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi berkata, beliau telah menerima laporan mengenai terdapat ahli parti itu hadir sebagai perwakilan Pau2017.

“Saya telah diminta merujuk sama ada orang berkenaan masih ahli yang sah, dan menurut maklumat, individu itu masih lagi ahli sah.

“Jadi bagaimana boleh dia menjadi ahli sah kedua-dua parti?,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pendaftar Keahlian Bersatu berkata, beliau sendiri  telah merujuk kepada Ketua Bahagian parti ahli berkenaan dan dimaklumkan ahli berkenaan masih lagi setia kepada Bersatu.

“Saya kemudian merujuk kepada Ketua Bahagian ahli PPBM berkenaan untuk mendapatkan pengesahan sama ada ahli tersebut masih setia dengan kita, khabarnya beliau masih setia.

“Siap memaklumkan lagi kepada Ketua Bahagian PPBMnya apabila dipilih menjadi antara wakil ‘G7’ Bahagiannya ke Pau2017 dan menghantar mesej sebelum masuk ke dewan persidangan.

” Saya juga difahamkan ahli tersebut tidak dilarang kerana ‘rezeki’ dipilih ke Pau2017 ini,” ujarnya.

Kata beliau lagi, dalam nada seloroh, beliau ‘bersyukur’ ahli Bersatu yang setia mendakwa masih dapat rezeki dari Umno walaupun sudah keluar dari parti lama untuk menyertai Bersatu.

“Jika ikut Perlembagaan Umno, bukankah ahli PPBM tersebut sudah gugur keahlian Umnonya bila menyertai parti kita?

“Kalau dah gugur keahlian Umno nya, macam mana dengan kesahihannya sebagai Perwakilan di Pau2017?

“Bagaimana pula kesahihan mesyuarat agung Bahagiannya, sekaligus status Cawangannya, sebab untuk dipilih menjadi wakil ke Pau2017, semestinya ahli tersebut juga wajib menjadi perwakilan Cawangannya ke Masyuarat Bahagiannya?

“Bagaimana kalau ada ahli-ahli PPBM lain sebagai Perwakilan ‘tidak sah’ di Pau 2017 ni?

“Sahkah Pau 2017 kalau ada perwakilan yang tak sah macam ini?” soalnya lagi.

Akhramshah turut mempersoalkan peranan Jabatan Pendaaftaran Sosial (RoS) sama ada akan sekali lagi mengharamkan Umno kerana isu perwakilan bukan ahli parti itu.

” RoS… oh RoS…, Umno nampak macam dah nak haram sekali lagi nih…” ujarnya dalam nada sinis.

5.0
OVERALL SCORE
3 user votes x 6.7
CATEGORIES