Malaysia Dateline

Ahli bertambah selepas Prof Kamil sertai AMANAH

Parti Amanah Negara (AMANAH) telah meluluskan permohonan seramai 2,298 ahli baru sepanjang bulan Ogos lepas

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad memberitahu, permohonan itu telah diluluskan Jawatankuasa Nasional yang mengadakan mesyuarat bulanan pada 6 September baru-baru ini.

Katanya, permohonan ini merupakan jumlah yang tertinggi bagi tempoh sebulan sejak akhir-akhir ini.

“Ia adalah tambahan kepada permohonan ulama dan ilmuan terkenal, Profesor Dr Mohamad Kamil Abdul Majid dan rakan-rakannya yang memohon untuk menyertai AMANAH pada 5 September 2020,” kata beliau.

Dua hari lalu, Pakar dalam bidang Usuluddin dan Pemikiran Islam Prof Dr Mohamad Kamil Abdul Majid mengumumkan telah menyertai AMANAH dalam satu majlis di Kota Bharu Kelantan.

Penyertaan beliau dalam AMANAH akan memberikan suntikan baru kepada parti itu kerana beliau merupakan antara tokoh ulama’ tersohor tanahair dan berkhidmat di Universiti Malaya lebih 35 tahun.