Ahli dakwa berlaku penipuan dalam proses pemilihan PKR di Pensiangan?

Ahli dakwa berlaku penipuan dalam proses pemilihan PKR di Pensiangan?

Pemilihan PKR di Bahagian Pensiangan, Sabah semalam, menjadi kecoh apabila ada dikalangan ahli parti yang tidak berpuashati apabila Pengerusi jawatankuasa pemilihan pusat Datuk Rashid Din membenarkan ahli mengundi sehingga jam 7.30 malam tadi.

Daripada sumber diperoleh menerusi whatapps kepada Malaysia Dateline, mendakwa proses pengundian sepatutnya tamat pada jam 4.17 petang selepas dimulakan pada 9.17 pagi iaitu berlansung selama 7 jam.

Namun proses pengundian itu diteruskan apabila masih terdapat ramai ahli menunggu untuk memilih calon selepas tamat tempoh memilih.

“Kita sedang ditipu di Pensiangan, secara terang tanpa berselindung dan tanpa rasa bersalah.

“Alasan yang diberikan kerana pengundi telah hadir dan berada dalam pagar kawasan dewan sebelum masa ditutup.

“Ini satu pembohongan, malah pada saat ini Raymond Ahuar masih lagi sedang membawa pengundi masuk ke kawasan dalam dewan,” ujar sumber itu.

Bahkan katanya lagi, Rashid turut mengarahkan supaya peranti tab yang digunakan di cabang Tenom untuk dibawa ke Pensiangan bagi membolehkan lebih banyak pengundian dibuat dan Raymond  turut mengarahkan petugas  memberikan QR cord tanpa mengunakan no kad pengenalan  dan perbuatan itu turut dirakamkan menerusi telefon bimbit.

Menurut sumber itu lagi bantahan dibuat kepada  Rashid  yang berada di sana semalam, namun beliau berkeras untuk meneruskan proses pengundian  itu kerana atas arahan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Datuk Rashid yang ditemani Rafizi tidak mengendahkan nasihat timbalannya, Dr Azman Hendra bahawa apa yang sedang berlaku perlu dihentikan kerana ia adalah satu penipuan yang jelas,” ujar sumber yang turut menghantar beberapa keping gambar.

Sumber mendakwa, perkara itu berlaku kerana majoriti undi yang diperoleh Azmin Ali sedang menurun berikutan penipuan yang sedang berlaku pada ketika itu.

” Hanya kerana karenah seorang pemimpin parti yang begitu terdesak, penipuan yang terlalu gila sifatnya ini dibiarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bebas yang ditubuhkan untuk menjalankan pemilihan parti secara adil dan telus.

“Apa yang lebih menyedihkan dibiarkan oleh Presiden Parti yang padanya lah selama ini kita meletakkan harapan dan kepercayaan masa depan parti yang kita sayangi ini,” ujar sumber.

Juteru satu laporan polis telah dibuat oleh ahli yang tidak berpuashati dengan proses pengundian melebihi masa semalam. Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Nabawan

Sabah mempunyai 25 bahagian dan jumlah ahli PKR kedua paling ramai dengan 147,000 ahli berdaftar.

13 bahagian di Sabah mengadakan pemilihan semalam.

Memetik kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat Datuk Rashid Din sebagai berkata, pemilihan di Pensiangan terpaksa diberi masa tambahan kerana terlalu ramai turun mengundi.

Beliau memberitahu FMT masih ada ramai ahli menunggu untuk memilih calon selepas tamat tempoh memilih.