Ahli Dewan Negara gabungan lama dan baharu sangat baik, kata YDP Dewan Negara

Ahli Dewan Negara gabungan lama dan baharu sangat baik, kata YDP Dewan Negara

Tan Sri SA Vigneswaran (kiri) mengucapkan tahniah kepada Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, Datuk Hussein Awang dan  Asmak Hussein selepas selesai majlis angkat sumpah jawatan sebagai Senator di Dewan Negara hari ini.

Enam Senator yang dilantik hari ini terdiri dikalangan lantikan Yang Dipertuan Agong dan dua lagi pilihan DewanUndangan Negeri Terengganu dan Kelantan.

Mereka terdiri daripada Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad; Senator Marzuki Yahya;Senator Mohd Radzi Jidin; Senator Liew Chin Tong; Senator P Waytha Moorthy dan;Senator Datuk Ismail Ibrahim;

Manakala dua lagi pilihan Dun ialah  Asmak Hussin dan Datuk Husain Awang.

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri SA Vigneswaran dalam satu temubual media berkata, peranan dewan negara yang menjadi dewan kedua untuk menghalusi undang-undang yang diluluskan dewan rakyat.

Justeru katanya, barisan senator yang sedia ada sebelum ini daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan kerajaan baharu terdiri daripada dikalangan pelbagai sektor dan profesion serta kepakaran.

“Kepada yang baharu pelantikan  dibuat ini oleh yang diPertuan Agong dan dipilih daripada Dun Terengganu dan
Kelantan.

“Ahli Dewan Negara yang dahulu daripada kerajaan terdahulu (BN). Salah seorang daripada kepimpinan BN yang lama kerana telah diberi kelulusan YDP Agong, apabila dirujuk kepada perdana menteri, Dr Mahathir mahu merujuk kepada ‘rule of law’. Jika sudah buat keputusan, dibenarkan. Ini satu contoh yang baik,” ujarnya.

Datuk Hussein Awang

Majlis angkat sumpah berlangsung ringkas, pada jam 2 petang tadi.

Senator Dr Hussein Awang ketika ditemui,  selepas majlis angkat sumpah berkata, dewan negara tidak mempunyai ‘blok pembangkang atau kerajaan’

“Dalam Dewan Negara untuk membina sebuah negara bukan sebagai membaw ide parti dan sebagainya. Itu sepatutnya diambil tanggungjawab  oleh ahli dewan.

“Terima kasih kepada Dun Terenggnau melantik saya untuk duduki ahli Dewan Negara. Sudah tentu saya akan pikul tanggungjawab yang besar, untuk pertahankan perlembagaan negara.

Dr MohdRadzi Jidin

“Saya pertahankan perlembagaan. Negara Malaysia sebuah negara merdeka yang membina negara bangsa. Negara bangsa bagi kita bangsa Malaysia. Jiwa kepada bangsa kita ialah bahasa kebangsaan yang mesti dipertahankan yang menjadi jiwa kepada negara ini,” ujarnya.

Manakala Senator Dr Mohd Radzi Jidin yang sempat ditemui berkata, beliau berterima kasih kerana dilantik sebagai Senator dan mengharapkan kehadiran beliau di dewan  negara akan dapat menyumbangkan ide yang lebih baik.

“Banyak perkara yang perlu saya teliti selepas pelantikan ini. Dan saya harapkan dapat memberi sumbangan kepada rakyat dan negara,” ujarnya ringkas kerana bergegas untuk ke Istana Negara hari ini.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS