Malaysia Dateline

Ahli Dewan Negara Umno pegang jawatan CEO PERTAM, bertentangan Perlembagaan Persekutuan

Ahli Dewan Negara dari Umno didapati memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Tanah Adat Melaka (PERTAM) yang dilihat bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 48 (1)(3).

Senator Datuk Mohd Ridhwan Tun Mohd Ali memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif atau Pengurus Besar PERTAM.

Di mana dalam Perkara 48 itu menjelaskan seseorang yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Negara boleh hilang kelayakan jika dia memegang sesuatu jawatan yang berpendapatan.

Mohd Ridhwan adalah lantikan baharu oleh Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa mulai 21 Mac 2022 hingga 20 Mac 2025.

Sehubungan itu, Adun Bukit Katil itu juga turut mempersoalkan fungsi sebenar PERTAM apabila badan itu dilihat seolah-olah menjadi model kepada pemaju-pemaju perumahan untuk mengusahakan tanah adat di negeri ini.Katanya, peranan Pertam dilihat bertindih dengan Lembaga Perumahan Melaka, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan pemaju perumahan.Tegasnya, setakat ini tiada jaminan pemilik yang terlibat dengan tanah adat boleh kekal memiliki kekayaan atau tanah tersebut dalam tempoh jangka panjang.Adly menambah, berdasarkan laporan audit, tanah adat yang ada di negeri ini tidak melebihi 26 peratus, malah di beberapa kawasan jumlah itu lebih rendah.Menurutnya, Pertam dilihat akan lari daripada tujuan asal jika memajukan tanah selain tanah adat.
Ketua Pembangkang DUN Melaka Adly Zahari

Ketua Pembangkang di DUN Melaka Adly Zahari yang membangkitkan perkara itu ketika membahas usul Kerajaan Negeri yang mahu meminda PERTAM.

“Amat wajar pihak Kerajaan menjelaskan tentang perkara ini supaya rakyat di negeri ini boleh tahu apakah ianya dibolehkan atau tidak?”soalnya.

Sehubungan itu, Adun Bukit Katil itu juga turut mempersoalkan fungsi sebenar PERTAM apabila badan itu dilihat seolah-olah menjadi model kepada pemaju-pemaju perumahan untuk mengusahakan tanah adat di negeri ini.

Katanya, peranan Pertam dilihat bertindih dengan Lembaga Perumahan Melaka, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan pemaju perumahan.

Tegasnya, setakat ini tiada jaminan pemilik yang terlibat dengan tanah adat boleh kekal memiliki kekayaan atau tanah tersebut dalam tempoh jangka panjang.

Adly menambah, berdasarkan laporan audit, tanah adat yang ada di negeri ini tidak melebihi 26 peratus, malah di beberapa kawasan jumlah itu lebih rendah.

Menurutnya, Pertam dilihat akan lari daripada tujuan asal jika memajukan tanah selain tanah adat.

Baca juga: Cadangan naikkan kadar RMT akan diusul dalam Belanjawan 2023

Baca juga: Jenazah lelaki didakwa hilang 10 bulan masih belum boleh dituntut