Seorang ahli arkeologi yang juga ahli kaji purba Mesir mendakwa dia diserang penyakit misteri iaitu halusinasi dan batuk darah selepas membuka makam mumia Mesir purba yang berusia lebih 600 tahun.
Dia yang bernama Ramy Romany memberitahu The Jordan Harbinger Show bahawa dia jatuh sakit selepas membuka kubur purba untuk rancangan TV Discovery Channel Mummies Unwrapped pada 2019.
Ramy Romany ialah pakar Mesir, dokumentar, Hos TV dan Pengarah DGA. Dia telah membuat penggambaran, menghasilkan, mengarah, dan telah dipaparkan dalam lebih seratus dokumentari.
Seperti dilapor portal thevocket, ketika kejadian, pasukan produksi telah membuat penggambaran untuk episod yang memaparkan mayat mumia yang didakwa sebagai tokoh alkitabiah semasa zaman mesir kuno.
“Semasa kami menjalani penggambaran, kami pergi ke sebuah kubur yang tidak pernah dibuka selama bertahun-tahun.
“Kami membuka pintu yang berkunci dan penduduk tempatan akan beredar terlebih dahulu untuk memastikan tidak ada ular atau kutukan,” kata Romany lapor thevocket.
“Tidak percaya dengan sumpahan, kami terus sahaja menuruni tangga. Makam tidak penghujungnya. Kami terus turun dan suasana agak berdebu, semuanya saya sedut. Dan pada hari itu, saya berjalan pulang ke Kaherah dan saya mula berasa tidak sihat.
”Keesokan paginya, Romany mendakwa dia mengalami demam yang teruk. Malah, suhu badannya mencecah 42 darjah Celsius.
Romany berkata dia tidak pernah mengalami demam seperti itu sepanjang hidupnya. Dia juga mula mengalami gejala batuk
.Menurutnya, makam yang dilawatinya itu sudah kira-kira 600 tahun tidak dibuka. Dalam temu bual dengan Jordan Harbinger, Romany menambah bahawa demamnya yang dialami olehnya telah menyebabkan dia berhalusinasi.
Romany berkata sakit yang dialami olehnya selepas membuka kubur Mesir purba tidak ada kena mengena dengan sumpahan firaun.
Penyebabnya adalah suasana kubur yang terdedah kepada pelbagai jenis kotoran kerana tidak pernah dibuka lama.
Baca juga: Imej tentera tercalar, wanita buat konten kentut di mikrofon kapal TLDM dikecam