Ahli kimia ini kongsi kaedah terbaik cuci buah, sayur dari racun

Oleh ARIF ATAN

Buah dan sayur di pasaran mesti dicuci bersih bagi membuang sisa racun. Ada yang menggunakan garam, cuka selain hanya membersihkannya dengan air paip sahaja.

Namun, ahli kimia, Dr Che Puteh Osman berpendapat penggunaan soda bikarbonat adalah kaedah lebih baik untuk membersihkan sisa racun daripada buah dan sayuran.

Caranya, campur satu sudu soda bikarbonat dalam satu liter air, dan rendam buah atau sayur yang dibeli selama 12 minit sebelum bilas sehingga bersih.

Buah dan sayuran yang dikatakan ditanam organik pun elok cuci dengan sebaiknya. Sudah ada kajian bahawa sayur organik yang di tanam di salah satu Tanah Tinggi di negara ini mengandungi sedikit sisa racun. Mana datangnya? Meresap dari tanah ladang bukan organik.

Baca juga Ini baru kisah 1 Jun, entah apa jadi tiga, empat bulan lagi

Basuh sayur dengan betul elak sisa racun hadir dalam makanan.