Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Ahli Lembaga Pengarah Felcra pula positif COVID-19

Ahli Lembaga Pengarah Felcra pula positif COVID-19

SITI NUR ZAWANI MISCONMarch 4, 2020 4:59 pm




Felcra Berhad (Felcra) memaklumkan bahawa seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikatnya disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Mohd Nazrul Izam Mansor berkata, kali terakhir beliau berada di dalam Wisma Felcra adalah pada 25 Februari.

Namun katanya, setakat ini, keadaan berada dalam terkawal dan tiada simptom ditemui di kalangan staf.

Pada masa sama katanya, pihak syarikat telah mengenalpasti staf yang mempunyai kontak rapat dengan individu berkenaan dan kesemua mereka kini sedang membuat ujian saringan kesihatan di hospital berdekatan.

“Sehingga kini, mereka masih di dalam self-quarantine sehingga pihak hospital dapat memberi keputusan bagi ujian saringan tersebut.

“Dimaklumkan juga, semua aktiviti dan operasi di peringkat Ibu Pejabat dihentikan serta merta bermula hari ini, 4 Mac sehingga Jumaat, 6 Mac bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dibuat secara menyeluruh.

“Untuk itu, semua staf ibu pejabat diarahkan untuk bekerja dari rumah dan untuk itu juga semua staf dinasihatkan untuk tidak ke luar daerah supaya mudah untuk dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Nazrul berkata, dengan penularan COVID-19, warga Felcra diminta untuk menghadkan perjalanan ke luar negara terutama ke negara-negara yang terjejas sepertimana yang disahkan oleh WHO.

Pengurusan Felcra juga akan sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari semasa ke semasa dan akan mengambil langkah-langkah waspada seperti yang dinasihatkan pada kadar segera.

“Selain iyu,6langkah pencegahan semasa adalah termasuk melakukan ujian saringan suhu di lobi premis syarikat dan menyediakan hand sanitizer kepada staf dan pelawat,” jelasnya.

Terdahulu pada 2 Mac, Ahli Lembaga Pengarah UDA Holdings Bhd disahkan positif COVID-19.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, UDA memaklumkan individu terbabit kini dikuarantin di sebuah hospital kerajaan selepas pengesahan kes jangkitan berkenaan.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Covid-19: Tengok orang mati depan mata, pesakit mengelupur bekalan oksigen dibuka

Terkini

Pendidikan yang hilang dari pandangan akibat Covid-19

Kerajaan P Pinang agih RM10 juta bantu golongan terkesan akibat PKP

Semangat mahu ke sekolah tetapi tak jadi, gadget pula tidak ada

Lebih 90% pelajar bakal tercicir kerana mahukan kecanggihan

Selepas 12 hari dirawat, Tok Pa pulih Covid-19

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production