Ahli Majlis gagal selenggara kemudahan awam, dakwa penyokong BN

Ahli Majlis gagal selenggara kemudahan awam, dakwa penyokong BN

 

Penduduk Taman Padu Permai, Sungai Besar kesal pakatan pembangkang yang mengambil ahli kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN) sejak dua penggal gagal mengurus dan menyelenggara kemudahan awam kawasan taman perumahan penduduk.

Sekitar 1,500 penduduk di Taman Padu Permai Sungai Besar, antara yang merasai kesukaran apabila negeri Selangor di ambil alih oleh pakatan pembangkang.

Antaranya masalah yang dimaklumkan kepada Malaysia Dateline padang permainan, padang  futsal,longkang tersumbat, sampah sarap dan jalan raya tidak berturap, kerana tidak diselenggara dengan baik oleh Majlis Daerah Sabak Bernam.

Amir Abdul Majidm (kiri) dan Hadisun Mohd Kamin.Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Taman Padu Permai, Amir Abdul Majid berkata, sejak dua penggal pakatan pembangkang yang diterajui Pas di Sungai Besar  ahli majlis yang dilantik dari parti itu, gagal memastikan kawasan taman terpelihara dengan baik.

“Di kawasan kami ahli majlisnya adalah pemimpin Pas dan PKR, kami sudah mengadukan masalah mengenai padang permainan dan padang futsal yang mana pintu pagarnya dah hampir tercabut dan berlubang kerana tidak diurus dengan baik.

“Ahli Majlis seakan pilih kasih  dalam isu membabitkan kemudahan awam di taman-taman perumahan.

“Ini kerana di taman sebelah, iaitu di Taman Nirwana Indah sering diterap jalannya, kerana di situ ramai penyokong pembangkang.

“Tetapi di Taman Padu Permai jalan yang rosak tidak diturap kalau berturap pun di buat sekerat-sekerat kerana di taman ini pula ramai penyokong BN,” dakwanya.

Ketua Pemuda Cawangan Taman Padu Permai, Hadisun Mohd Kamin pula berkata, masalah yang dihadapi penduduk telah diajukan kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang pernah datang melawat ke taman tersebut,  namun  dakwanya tindakan hanya dilakukan oleh Majlis Daerah ibarat melepaskan batuk ditangga.

Padang permainan dan fusal yang dikongsi di atas tanah seluas setengah hektar ini turut dibina Tadika Kemas dan Balai Islam. Balai Islam kini dijadikan surau kepada penduduk sementara menunggu sebuah masjid baru yang sedang dalam pembinaan.

“Masa Azmin nak datang ke taman ini, pihak majlis membersihkan padang dan kawasan sekitar. Tetapi sekarang sudah enam bulan rumput tidak ditebas, longkang tidak dibersihkan oleh kontraktor yang dilantik oleh pihak Majlis Daerah.

“Pada masa BN memerintah setiap dua minggu sekali longkang di taman perumahan ini akan dibersihkan oleh kontraktor yang dilantik majlis. Tetapi sekarang tidak berlaku lagi, biasanya tiga hingga enam bulan sekali baru nak dibersihkan.

“Pernah sekali kawasan ini diisytiharkan denggi, yang datang lihat Yb Budiman. Bila beliau datang telah sumbangkan dua buah kipas angin bagi kegunaan penduduk di Balai Islam.

“Kami pernah nak buat kerja gotong royong di kawasan persekitaran termasuk nak minta satu jentolak untuk tolak tanah bagi meratakan padang permainan itu, kerana becak dan berlopak, pihak majlis tak dapat bagi jentolak,” ujarnya.

Malah sikap penduduk yang tidak perihatin juga ujarny lagi, amat dikesalkan kerana terdapat penduduk yang berkebun dan bercucuk tanam di kawasan padang permainan.

“Sudahlah padang ini tidak terurus dengan baik ada pula kejiranan yang berkebun di tanah padang permainan dan longgokkan sampah kebun di kawasan padang.

“Kita nak tegur nanti bergaduh sesama jiran. Sepatutnya ini semua kerja pihak majlis untuk memantau mana-mana kejiranan yang menyalahgunakan kemudahan awam untuk tujuan berkebun akan diberi notis, masa BN memerintah tak jadi perkara sebegini,” ujarnya.

Beliau mengakui sejak pakatan pembangkang mengambil alih negeri Selangor, kelemahan di pihak majlis adalah tidak dapat menguruskan kemudahan awam dengan baik.

“Kami kesal kerana  pihak Majlis tidak memantau kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik dilapangan,” ujarnya.

“Satu lagi masalah pada bulan Ramadan apabila seminggu  lagi sebelum Sambutan hari raya, akan ada pasar-pasar jualan yang dibuka di kawasan tepi  Stadium Sungai Besar yang berhampiran dengan kawasan perumahan penduduk.

“Kereta diletakkan dihadapan rumah penduduk, jalan sesak, sampah sarap tidak diselenggara dengan baik, bulan ramadan lalat semakin banyak, perkara ini pun sudah diajukan kepada majlis tetapi tiada tindakan diambil.

“Sepatutnya peniaga tidak diberikan lesen berniaga di kawasan itu pada bulan Ramadan kerana lokasinya terlalu dekat rumah penduduk,”ujarnya yang mendakwa kebanyakan peniaga adalah penyokong Pas.

Raden Fairuz Raden BaidawiAJK Pemuda Bahagian Umno Sungai Besar, Radin Fairuz Radin Baidawi ketika ditemui pula berkata, Adun Sungai Panjang Budiman Zohdi pernah diminta oleh Pemuda Cawangan taman itu untuk membantu membaiki padang futsal sebaliknya ia diluar bidang kuasa calon BN yang akan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Besar itu.

“Ada pihak yang menyalahkan YB Budiman kenapa beliau tidak tolong bantu menyelenggara padang futsal ini.

“Sebenarnya apa yang boleh diselesaikan, YB Budiman akan cuba selesaikan sendiri.

“Tetapi padang futsal dan padang permainan ini di bawah bidang kuasa Majlis Daerah  dan ahli majlis dari pakatan pembangkang yang sepatutnya lebih perihatin mengenai aduan penduduk di taman itu.

“Kalau BN yang buat, nanti yang dapat nama pakatan pembangkang,” ujarnya.

Bagaimanapun pandangan ini disanggah oleh Amin dengan mengatakan, “Kalau nak bantu rakyat takpayahlah pemimpin nak kira parti mana yang memerintah, buat sahajalah.

“Ahli dan penyokong parti pula janganlah harapkan satu pihak sahaja.

“sepatutnya penyokong BN dan parti pembangkang juga perlu ajukan kepada pemimpin masing-masing untuk kita sama-sama membantu menyelesaikan masalah penduduk, tetapi perkara ini tak berlaku kerana pemimpin mendahului kepentingan parti daripada berkhidmat kepada masyarakat,” ujarnya kesal.

COMMENTS

Wordpress (0)