Ahli Majlis MBIP lapor polis dihalang jumpa penjaja pasar malam oleh persatuan peniaga

Oleh MALAYSIADATELINE

Ahli Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) Chan Wei Khjan mendakwa beliau dihalang daripada bertemu penjaja kecil di kawasan Pasar Malam Bukit Indah 2, pada Rabu.

Satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Bukit Indah, Iskandar Puteri. Johor.

Menurut Chan beliau telah dihalang oleh Pengerusi Persatuan Peniaga Kecil Wawasan Johor Bahru apabila menuduhnya tidak mempunyai kuasa untuk mendapat sebarang maklumat atas persetujuan penjaja.

“Pada masa yang sama, Encik Adam menuduh tanggungjawab sebagai Ahli Majlis hanya membantu pihak PBT dalam aduan awam seperti jalan lampu, jalan raya, pokok-pokok, tetapi tidak merangkumi masalah aduan dari pasar malam.

“Saya menegaskan bahawa tuduhan tersebut tidak disokong dengan alasan dan fakta yang kukuh,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

5.Menurut Chan lagi, seorang Ahli Majlis berperanan merancang dasar-dasar yang berkaitan kepentingan dan kebaikan orang awam. Pada masa yang sama, Ahli Majlis berkuasa mendapat maklumat atas persetujuan individu berkenaan.

“Saya telah membuat laporan polis berkenaan isu ini.

“Ini kerana penubuhan persatuan penjaja seharusnya bertanggungjawab melindungi kepentingan penjaja.

“Jika persatuan penjaja menjalankan peranan yang selaras dengan matlamat penubuhan asalnya atau mengikut objektif yang telah ditetapkan dan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh MBIP, apakah yang perlu beliau menghalang saya berbincang dan berkomunikasi dengan penjaja secara langsung?,” soalnya lagi.

Justeru beliau menyeru Persatuan Peniaga Kecil Wawasan Johor Bahru perlulah memaklumkan kepada semua penjaja dan orang awam apakah hak dan kepentingan yang telah dilindungi oleh mereka.

“Sejak peralihan kuasa dari 5 Mei 2018, Kerajaan Johor baru berhasrat meringankan beban penjaja kecil. Antara satu usaha dari Kerajaan Negeri ialah pengecualian bayaran lesen penjaja yang dijangka bermanfaat lebih kurang dua puluh ribu penjaja.

“Pada masa kini, MBIP sedang melaksanakan program pemutihan penjaja kecil tanpa lesen. Oleh itu, saya berharap semua penjaja memberi kejersama sepenuhnya kepada Ahli Majlis dan pengawai dari MBIP supaya semua penjaja dapat menjalankan perniagaan dengan mengikut peraturan.

“Saya menegaskan bahawa saya dan Ahli Majlis Pakatan Harapan akan berjuang secara berterusan demi kepentingan penjaja dan membantah segala kegiatan “orang tengah” dengan mengaut keuntungan yang tidak sepatutnya supaya hak penjaja lebih terjamin.

“Saya dan Ahli Majlis Pakatan Harapan akan sentiasa turun padang untuk memahami keadaan sebenar penjaja supaya dasar yang dirancang dapat bermanfaat kepada penjaja.

“Pada masa yang sama, saya mengalu-alukan penjaja dan orang awam menyampaikan aduan kepada kami sekiranya mendapati unsur-unsur yang melanggar undang-undang supaya Kerajaan dapa menangani masalah yang sedia ada,” ujarnya.