Ahli Majlis PBT perlu bantu reformasikan kerajaan negeri, kata MB Kedah

Datuk  Seri Mukhriz Mahathir (tiga dari kiri) bersama barisan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Ahli Majlis PBT Negeri Kedah pada seminar diadakan di Alor Setar semalam.

Semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh negeri Kedah yang telah dilantik harus melaksanakan tanggungjawab dengan baik kepada masyarakat.

Disamping itu mereka juga harus sama-sama berganding bahu dengan kerajaan negeri untuk merealisasikan 10 teras Pakatan Harapan (PH) Negeri Kedah.

Demikian dinyatakan oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika majlis perasmian Seminar Ahli-Ahli Majlis PBT Negeri Kedah bagi penggal 2018-2019 yang telah diadakan semalam.

Jelas beliau lagi, antara teras tersebut ialah melengkapkan kemudahan asas dan perumahan rakyat.

Selain itu katanya kesihatan dan kebajikan rakyat turut harus diberi keutamaan.

“Nilai keagamaan juga mesti diperkukuhkan serta melonjak mutu pendidikan dan modal insan.

“Memperkasakan wanita, golongan belia, sukan dan juga NGO.

“Malah memperhebat pembangunan pertanian dan perikanan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi, ” ujarnya.

Tegas Mukhriz lagi, mereformasikan pengurusan dan urus tadbir negeri dan melestarikan alam sekitar merupakan antara teras yang harus direalisasikan semaksima mungkin.

Beliau juga mengingatkan semua Ahlli Majlis PBT tersebut supaya memainkan peranan dengan telus dan jujur serta menolak amalan rasuah.

“Membantu mengurus kekayaan negeri dengan cekap dan berkesan.

“Membanteras ketirisan wang awam dan mengelakkan pembaziran sumber.

“Sedia menerima teguran dan pandangan responsif terhadap kepentingan rakyat, ” tambahnya lagi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Ismail Salleh dan Tan Kok Yew.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS