Ahli MT Umno berebut habuan yang diagih, dakwa rebel Umno

Ahli MT Umno berebut habuan yang diagih, dakwa rebel Umno

Tindak tanduk Majlis Tertinggi Umno (MT) berebut habuan yang diagih Presiden memberi gambaran MT sudah tidak yakin bahawa Umno-BN tidak lagi berpeluang untuk menang Pilihanraya Umum ke 14 ekoran penentangan dalaman pemimpin dan ahli Umno terhadap  Datuk Seri Mohd Najib Razak.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Kamarulazman Habibur RahmanTindak tanduk Majlis Tertinggi Umno (MT) berebut habuan yang diagih Presiden memberi gambaran MT sudah tidak yakin bahawa Umno-BN tidak lagi berpeluang untuk menang Pilihanraya Umum ke 14 ekoran penentangan dalaman pemimpin dan ahli Umno terhadap  Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Pengerusi Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Kamarulazman Habibur Rahman mendedahkan, pada masa yang sesingkat ini ahli MT tidak  gunakan untuk menguatkan parti sebaliknya, mengaut segala harta yang tinggal yang mana beliau mengelarkannya sebagai “Majlis Rakan Seperdosaan”.

“Itulah sebabnya sedang berlaku perlumbaan di kalangan Majlis Rakan Seperdosaan untuk mengampu Presiden untuk mendapatkan habuan yang sedang giat diagihkan.

“Majlis Rakan Seperdosaan juga seperti sedang giat merosakkan institusi institusi negara yang ada bagi memastikan siapa yang mengambil alih nanti akan menempuhi pelbagai kesukaran.

“Rasa hormat terhadap pemimpin-pemimpin yang mengkritik juga turut dibakar supaya menjadi debu. Umno kini menanti saat kematiannya,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarulazman juga berkata,kebijaksanaan Umno telah berkubur di Johor apabila menggantung jawatan Timbalan Presiden Umno dan melucutkan jawatan menteri kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kamarulazman membawa cerita bagaimana dalam perang dunia kedua, Joseph Stalin menggunakan strategi ‘scorched earth’ terhadap tentera musuhnya di Rusia.

“Dalam strategi ini, tentera Itali telah membakar segala yang ada seperti makanan, perumahan, sistem perhubungan dan kemudahan lain sebelum meninggalkan kawasan mereka.

“Dengan cara ini tentera musuh yang mengambil alih kawasan itu menghadapi kesukaran sehingga ramai yang mati kebuluran dan kesejukan. Strategi ini telah lama dilakukan.

“Ia juga pernah dilakukan oleh kerajaan Melayu di utara semasa menghadapi serangan dari tentera Siam satu ketika dulu.

“Strategi ini hanya dilakukan apabila pihak yang berundur merasakan bahawa mereka sudah pasti akan tewas.

“Hari ini kelihatan bahawa ahli MT melakukan perkara yang hampir sama,” ujarnya.

TAGS

COMMENTS