Malaysia Dateline

Ahli Parlimen Batu Sapi V K Liew meninggal dunia

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk V K Liew disahkan meninggal dunia jam 11.50 pagi ini.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Hospital Gleanigles Kota Kinabalu.

Sehubungan itu, pengundi Batu Sapi bakal keluar mengundi sekali lagi walaupun baru sahaja selesai Pilihan Raya Negeri.