Ahli Parlimen Batu sertai PKR

Ahli Parlimen Batu sertai PKR

Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran yang menang atas tiket bebas yang direstui Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14), hari ini sah menyertai parti itu.

Perkara itu diumumkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua ketika Majlis Kesyukuran Kemenangan Rakyat Parlimen Batu semalam.

Prabakaran, 22, berkata beliau bersyukur kerana akhirnya impiannya untuk menjadi anggota parti itu tercapai.

“Saya sangat bangga, saya memang ada rancangan untuk menyertai PKR sebelum ini dan pernah memasang angan-angan untuk menyertai Suara Pemuda Keadilan.

“Pada mulanya saya hanya mahu menjayakan aspirasi pemuda-pemuda di Batu sebab itulah saya mahu bertanding di sini namun apabila PKR memberi sepenuh sokongan, saya lebih bersemangat untuk berjuang,” katanya kepada media.

P. Prabakaran adalah calon termuda yang bertanding P.115 Batu menang dengan majoriti 24,438 undi.

Prabakaran mengalahkan tiga pencabarnya yang lain dari Barisan Nasinal (BN), Dominic Lau Hoe Chai, Azhar Yahya (Pas) dan VM Panjamothy (Bebas).

CATEGORIES