Ahli Parlimen Beruas paling tinggi aset, Titiwangsa paling rendah

Ahli Parlimen Beruas paling tinggi aset, Titiwangsa paling rendah
Ngeh Khoo Han paling banyak aset, Rina menteri yang isytihar paling sikit aset.

115 ahli Parlimen dan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan telah mengisytiharkan harta masing-masing dengan ahli parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham mengisytihar jumlah aset tertinggi iaitu RM75.8 juta.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Perak yang juga peguam terkenal itu membuat peristiharan aset bersama isteri dan anaknya itu dalam portal mydeclaration.sprm.gov.my. yang ditubuhkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan portal itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Dr Siti Hasmah Mohamad Ali berada di tempat kedua dengan jumlah aset bersama sebanyak RM32.4 juta.

Di tangga ketiga adalah Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof bersama isterinya dengan jumlah aset bernilai RM23.08 juta.

Ini diikuti oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah yang mengisytiharkan aset bersama isteri dan anaknya bernilai RM15.3 juta.

Raja Bahrin adalah arkitek terkenal dan juga kerabat di raja Terengganu.

Setakat ini, sebanyak 115 atau 89.8% Ahli Parlimen dan pemimpin kerajaan telah mengisytiharkan aset mereka dalam portal mydeclaration.sprm.gov.my.

Antara yang belum mengisytiharkan aset mereka sehingga kini adalah Timbalan Perdana Menteri datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Di kalangan menteri yang telah mengisytiharkan aset, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan beliau mempunyai aset paling sedikit iaitu RM72,000 manakala gajinya adalah RM 34,004.48.

Menteri Pelajaran, Dr Mazlee Malik juga juga hanya mengiytiharkan asetnya adalah RM200,000 manakala gajinya adalah RM54,569.81.

Selain menteri, timbalan menteri dan ahli parlimen PH, turut mengisytiharkan gaji dan aset mereka adalah setiausaha politik bagi menteri-menteri.