Ahli Parlimen Gopeng  persoal RUU 355  Hadi

Ahli Parlimen Gopeng persoal RUU 355 Hadi

Rang undang-undang (RUU) 355  Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dijadualkan akan dibahas di Parlimen selepas sesi soalan lisan tamat pada jam 12 tengah hari dipersoal.

Ahli Parlimen, Dr Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) menyifatkan empat RUU Kerajaan yang ditangguhkan tidak dibentangkan pada hari ini dipercayai bagi memberi ruang kepada RUU 355.

“Terdapat 33 usul lain yang belum diberi peluang. Tidakkah ini bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 15 (3)?” soalnya.

Beliau turut menyoal sama apa akan dibentangkan Hadi itu sama ada sebagai usul atau RUU Persendirian.

“Kalau itu usul, kita terima pakai, kita bahas usul tersebut,” jelasnya.

Sehubungan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dalam reaksinya berkata, usul Marang tersebut bagi tujuan meminda suatu akta sedia ada.

“Dia cuma minta kebenaran untuk membawa RUU. Memang dibawa melalui usul,” katanya diikuti suara bising sebahagian ahli parlimen menyebabkan Pandikar Amin mengingatkan bahawa telinga sebelah kanan beliau terganggu.

Menurut Pandikar Amin, pihaknya mesti memberi kebenaran untuk usul itu dibentang.

“Maka saya akan menjemput siapa mahu bahas. Bila diundi sama ada diterima atau tidak, kalau diterima (jadi) sebagai Bacaan Pertama.

“Kalau kerajaan baca, sudah Bacaan Pertama. Ini belum pun Bacaan Pertama. Jadi, Marang berhak menghurai. Saya tidak menyebelahi mana-mana, (saya) menuruti peraturan mesyuarat,” jelasnya lagi.

TAGS