Ahli Parlimen kotorkan tangan cuci tandas awam, tak tahan kotor sangat

Oleh ROSLAN ZAMAN

Tak ramai orang awam yang sanggup cuci sendiri apabila melihat tandas awam kotor. Semuanya mengharapkan pekerja pembersihan lakukan kerja mereka.

Namun ini tidak berlaku kepada seorang ahli parlimen in yang tidak tahan dengan tandas yang sangat kotor.

Lelaki yang memegang status Ahli Parlimen ini sanggup melakukan kerja pembersihan dengan menggunakan tangannya sendiri.

Aksi Ahli Parlimen itu, Janardan Mishra yang dirakam ketika hadir di sebuah sekolah di Khatkhari, India, tular di media sosial.

Di awalnya, Ahli parlimen itu hanya hadir ke sekolah tersebut sebagai tetammu dalam satu program perladangan.

Memetik dari portal Majoriti, sewaktu dia ke tandas, Mishra memberitahu yang dia terkejut melihat kawasan itu sangat kotor.

Mishra terus membersihkan mangkuk jamban secara spontan dengan menggunakan tangan dan air sahaja tanpa sebarang peralatan mencuci yang lain seperti berus, sabun dan sarung tangan.

Mishra menganggap tindakannya itu adalah satu daripada cara untuk memotivasikan orang ramai untuk menjaga kebersihan.

“Semua orang perlu menjaga kebersihan. Daripada Mahatma Gandhi ke Perdana Menteri, Narenda Modi, mereka telah memberikan mesej mengenai kebersihan,” katanya seperti dipetik Majoriti.

Ini bukan kali pertama Mishra bertindak sedemikian. Pada 2018, dia melakukan perkara sama di sebuah sekolah dan videonya juga tular di media sosial. 

baca: Wanita menyesal beli kereta sambung bayar, Saga FLX lesap dirembat pemilik ‘sah’