Ahli Parlimen, pasukan pusat khidmat ziarah, edar 1400 kotak buah limau di Kuala Kedah

Ahli Parlimen, pasukan pusat khidmat ziarah, edar 1400 kotak buah limau di Kuala Kedah

Ahli Parlimen Kuala Kedah Dr Azman Ismail bersama pasukan pusat khimat Parlimen melakukan ziarah sempena Sambutan Tahun Baru Cina dengan konsep “walkabout” dari kediaman dan premis sekitar Pekan Kuala Kedah.

Antara kawasan dilawati beliau adalah di Jalan Pegawai, Kota Sarang semut, Anak Bukit, Perkampungan Cina di Pekan Kuala Kedah, Simpang Empat Kuar dan Kubang Rotan.

Selain itu pemberian juga di serahkan kepada beberapa Sekolah Cina terpilih.

Pada tahun ini di peruntukan sebanyak 1,400 kotak buah limau bagi edaran bersama dalam prgoram ini yang diselaraskan Bok Che Napiah selaku penyelaras pembangunan di parlimen tersebut.

Di samping itu pusat khidmat juga meneruskan tradisi tahunan bersama Persatuan Kebajikan Cina Jalan Pegawai menyerah sumbangan duit raya dan barangan dapur kepada seramai 820 orang tanpa mengira bangsa dan agama.

Pusat khidmat juga akan mengajurkan Sambutan Tahun Baru Cina pada 14 dan 22 Februari depan mengikut pecahan kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) denga kerjasama Persatuan Penduduk Cina.

Seluruh pasukan pusat khidmat mengucapkan juta terima kasih kepada semua yang terlibat dan mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum Cina yang akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina esok.