Ahli Pas diseru buktikan kebersamaan, undi Lokman di PRK Sg Kandis

Ahli Pas diseru buktikan kebersamaan, undi Lokman di PRK Sg Kandis

Menerusi rakaman video ceramah yang tular di laman sosial, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali at-Takiri menyeru secara jelas pengundi dalam kalangan ahli Pas di Sungai Kandis supaya mengundi calon Umno-BN Datuk Lokman Nor Adam.

Dalam rakaman berdurasi pendek itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus tersebut berkata, pada PKR ini tunjukkan kebersamaan kita menolak Pakatan Harapan (PH) dengan kita sama-sama memenangkan calon Umno Datuk Lokman Nor Adam.

Selanjutnya dalam rakaman tersebut, beliau mengajak hadirin bertakbir dan berdoa agar supaya Allah memberikan kemenangan kepada apa dimahukan.

Dalam PRK N49 Dun Sungai Kandis kali ini, Pas tidak meletakkan calon dan memberi laluan kepada calon Umn0-BN, Datuk Adam Nor Lokman untuk bersaing dengan calon PH yang diwakili PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni serta calon Bebas, Murti Krishnasamy.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis kosong selepas kematian wakil rakyatnya Mat Shuhaimi Shafiei yang meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Mat Shuhaimi daripada PKR memenangi kerusi itu dengan 23,998 undi selepas menewaskan calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote