Ahli Pas keliru dengan pendirian parti boleh undi Amanah

Ahli Pas keliru dengan pendirian parti boleh undi Amanah

Ahli dan penyokong Pas yang masih keliru dengan pendirian parti itu boleh membuat keputusan memilih calon Amanah, kata Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir.

Beliau ketika ditemui di perkarangan SK Sg Hj Dorani berkata, Amanah adalah gabungan dalam Pakatan Harapan manakala Pas bersendirian.

“Undi Amanah akan menguatkan suara rakyat melalui blok pembangkang. Lain pula kalau undi Pas tidak membawa makna apa-apa.

“Suasana sekarang Pas lebih kepada BN. Berbeza dengan Amanah kita bersama-sama PKR dan DAP dalam tekad menjatuhkan BN.

“Malah orang kuat dalam Umno seperti Tun Mahathir, Muhyiddin, Datuk Kamilia, Datuk Hamidah dan Datuk Khairuddin semuanya memberi sokongan dan mengajak pengundi memilih Amanah,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Anuar berkata, ahli Pas boleh terus berada dalam parti itu tanpa perlu keluar Pas.

“Saya hanya mengajak ahli dan penyokong Pas yang mahu menumbangkan Najib dan BN beri sahaja dahulu undi kepada Amanah,” tambahnya lagi.

COMMENTS

Wordpress (0)